Alas Rame Online

Sharing and Knoladge

Bacaan Doa Akhir Tahun 1432 H dan Awal Tahun Hijriah 1433 H


Bacaan Doa Akhir Tahun 1432 Hijriah

Bertepatan hari Sabtu, 26 Nopember 2011 atau 29 Dzulhijjah 1432 Hijiriah adalah hari terakhir dalam kalender Islam. Untuk itu mari kita amalkan do’a akhir tahun ini,

Bacalah doa ini 3 kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, lakukanlah sesudah ashar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon ampunan kepada Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkan itu ada perbuatan-perbuatan yang diridhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal shaleh tersebut diterimaNya. dan semoga Allah SWT mengampuni semua dosa-dosa kita yang telah lalu serta menerima taubat kita.
Artinya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya.

Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.

Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu.

Maka aku memohon kepadaMu.  Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.

Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka. Amin ya Rabbal Alamin

Bacaan Doa Awal Tahun 1433 Hijriah

Bacalah doa ini 3 kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Bisa diamalkan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mukmin memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.


Artinya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka. Amin ya rabbal alamin.

Mari bersama kita syiarkan dan sambut tahun baru Islam 1433 Hijriah, sambil merenung dan saling mengevaluasi diri dalam perjalanan hidup selama tahun 1432 Hijriah, dan bertekad untuk hijrah  menjadi lebih baik dan menjadi lebih sukses sejalan dengan tuntunan Agama Islam, dan semoga kita senantiasa dapat meningkatkan taqwa dan keimanan kita kepada Allah SWT, senantiasa mendapatkan petunjukNya serta berada di Jalan yang diridloiNya...Amiiin… Amin ya Rabbal Alamin.

Followers